Sunday 11 December 2011

Bahan Pelajaran : Matematik Tahun 1 - Bentuk 3 Dimensi (3D)



Salam sejahtera semua... Saya telah menyediakan beberapa bahan berkaitan dengan satu topik pelajaran yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah : Matematik Tahun 1. Bahan yang disediakan berkaitan dengan topik Ruang iaitu Bentuk 3 Dimensi (3D). Saya juga ada menyelitkan video berkaitan Bentuk 3D ini. Sambil belajar kita boleh berhibur... Semoga dengan adanya bahan-bahan tersebut, sedikit sebanyak dapat memberi maklumat dan input yang mungkin boleh diguna pakai semasa mengajar di dalam kelas nanti... Selamat Mencari Ilmu. Terima Kasih...

Catatan : Bahan pelajaran boleh didapati di ruangan sebelah di bawah tajuk Matematik Tahun 1 : Bentuk 3 Dimensi (3D).

Wednesday 7 December 2011

Rekreasi Matematik (Fun With Maths)

Jom kita cuba permainan interaktif Matematik. Sambil bermain sambil belajar. Tapi permainan yang disediakan dalam Bahasa Inggeris. Cuba dulu. Senang dan mudah sahaja. Belum cuba belum tahu...

 

Kuiz Matematik

Kalau anda semua bijak, mari kita cuba jawab soalan-soalan Matematik ini terutama kepada pelajar-pelajar yang sedang seronok bercuti. Cikgu-cikgu atau ibu bapa pun boleh join juga. Apa salahnya...

             

Teknik-Teknik Mengira dalam Matematik




Mari kita cuba pelajari teknik baru ini. Teknik darab dan bahagi nombor dengan cepat. Mungkin selepas ini kita boleh mengira dengan lebih pantas dan tepat. Tapi video yang dipaparkan ini hanya sebagai alternatif. Terpulang kepada penerimaan dan pemahaman seseorang. Lain orang lain caranya. Mungkin ada sesetengah orang yang mempunyai cara tersendiri untuk mengira dengan pantas... Apa-apa pun, Usaha Tangga Kejayaan...

Mari Mengira... Kisah Sepuluh Budak Hitam


Kisah sepuluh budak hitam... Kesian. Akhirnya tinggal seorang... Mana-mana yang baru hendak belajar mengira, tontonlah video ini. Sambil berhibur sambil mengira...

Untuk Kawan-Kawan...



Sekadar Hiburan... Hilangkan Tekanan, Tenangkan Perasaan... Untuk semua kawan-kawan... Terima Kasih.